Jumaat, 22 Mac 2013

BKPJM BERSAMA PMRAM



       Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W pembawa risalah sepanjang zaman. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan kita dua nikmat teristimewa iaitu nikmat iman dan islam.
      
      Firman Allah S.W.T, yang bermaksud: ‘’Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu-ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar’’
       
        Alhamdulillah, Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-80 dan Muktamar HEWI PMRAM kali ke-26 telah selamat melabuhkan tirai dengan jayanya. Semua perwakilan kelihatan semangat dalam menyumbangkan idea dan hujah masing-masing demi mempertahankan survival PMRAM yang merupakan persatuan induk bagi seluruh anak Malaysia di bumi Mesir ini. Para pemerhati juga tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan dan bantuan sepanjang muktamar ini berlangsung.
      
        Kami , barisan kepimpinan HEWI Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir  sesi 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan PMRAM 2012 termasuk Badan Pengurus dan AJKT HEWI angkat negeri Johor yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan mengorbankan seluruh tenaga, masa mahupun wang ringgit demi menjaga kebajikan ahli di semua PMRAM cawangan. Ribuan maaf juga dihulurkan sekiranya terdapat kesilapan atau kekurangan yang kami lakukan sepanjang sesi lepas.
       
      Selamat menjalankan amanah dan selamat bertugas pula diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan PMRAM 2013 terutamanya kepada tiga wakil pimpinan dari PMRAM cawangan Johor iaitu Ustazah Siti Sarah Binti Bushari, Ustazah Farah Haziqah Binti Mohd Harun dan Ustaz Mohamad Naqib Bin Mohd Bakhudin. Semoga keiklasan kalian dalam melaksanakan amal islami ini sentiasa diiringi rahmat dan nusrah Allah Taala.
      
       InsyaAllah, kami sedia menghulurkan bantuan dalam menjayakan tema PMRAM dan tema HEWI PMRAM yang dikekalkan dari sesi lepas iaitu ‘’Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan’’ dan ‘’Julang Keilmuan Jana Keizzahan’’. Kami juga bersedia untuk bekerjasama bagi melaksanakan usul PMRAM yang telah disepakati bersama dalam muktamar yang lalu. Besar harapan kami agar semua ahli BKPJM dan PMRAM dapat seiring dan sejalan dalam usaha menjayakan usul PMRAM pada sesi kali ini iaitu, meningkatkan tahap kualiti mahasiswa dan mahasiswi melalui pemerkasaan tahap akademik dan penguasaan bahasa arab serta melalui pemerkasaan kemahiran’’.

Salam hormat dari saya dan seluruh barisan kepimpinan HEWI BKPJM 2012/2013. Siiru ala barakatillah.

"Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah"

AMIRA AFINA BINTI JAMALUDIN
Ketua Hal Ehwal Wanita Islam,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir sesi 2012/2013