Dengan nama Allah yang maha
pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad
S.A.W pembawa risalah sepanjang zaman. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih
memberikan kita dua nikmat teristimewa iaitu nikmat iman dan islam.
Firman Allah S.W.T, yang
bermaksud: ‘’Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang yang
percaya kepada Allah dan Rasul kemudian mereka tidak ragu-ragu serta mereka
berjuang dengan harta benda mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang yang
benar’’
Alhamdulillah, Muktamar
Sanawi PMRAM kali ke-80 dan Muktamar HEWI PMRAM kali ke-26 telah selamat melabuhkan
tirai dengan jayanya. Semua perwakilan kelihatan semangat dalam menyumbangkan
idea dan hujah masing-masing demi mempertahankan survival PMRAM yang merupakan
persatuan induk bagi seluruh anak Malaysia di bumi Mesir ini. Para pemerhati
juga tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan dan bantuan sepanjang muktamar
ini berlangsung.
Kami , barisan kepimpinan
HEWI Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir sesi 2012/2013 mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua barisan kepimpinan PMRAM 2012 termasuk Badan Pengurus dan AJKT
HEWI angkat negeri Johor yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan mengorbankan
seluruh tenaga, masa mahupun wang ringgit demi menjaga kebajikan ahli di semua
PMRAM cawangan. Ribuan maaf juga dihulurkan sekiranya terdapat kesilapan atau
kekurangan yang kami lakukan sepanjang sesi lepas.
Selamat menjalankan amanah
dan selamat bertugas pula diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan PMRAM
2013 terutamanya kepada tiga wakil pimpinan dari PMRAM cawangan Johor iaitu
Ustazah Siti Sarah Binti Bushari, Ustazah Farah Haziqah Binti Mohd Harun dan
Ustaz Mohamad Naqib Bin Mohd Bakhudin. Semoga keiklasan kalian dalam
melaksanakan amal islami ini sentiasa diiringi rahmat dan nusrah Allah Taala.
InsyaAllah, kami sedia
menghulurkan bantuan dalam menjayakan tema PMRAM dan tema HEWI PMRAM yang
dikekalkan dari sesi lepas iaitu ‘’Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan’’ dan
‘’Julang Keilmuan Jana Keizzahan’’. Kami juga bersedia untuk bekerjasama bagi
melaksanakan usul PMRAM yang telah disepakati bersama dalam muktamar yang lalu.
Besar harapan kami agar semua ahli BKPJM dan PMRAM dapat seiring dan sejalan
dalam usaha menjayakan usul PMRAM pada sesi kali ini iaitu, meningkatkan tahap
kualiti mahasiswa dan mahasiswi melalui pemerkasaan tahap akademik dan
penguasaan bahasa arab serta melalui pemerkasaan kemahiran’’.
Salam hormat dari saya dan seluruh barisan kepimpinan HEWI BKPJM 2012/2013. Siiru ala barakatillah.
"Menyemat Izzah Meribat Ukhuwah"
AMIRA AFINA
BINTI JAMALUDIN
Ketua Hal
Ehwal Wanita Islam,
Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir sesi 2012/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan