Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
"Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya." [HR Tarmizi]
Cabaran atau dugaan adalah keperluan dalam hidup insan kerana keimanan seorang hamba tidak akan sempurna tanpa melalui ujian atau musibah.Bertepatan dengan hadith yang dibawa,Allah sengaja menyembunyikan khazanah amalan iman dari mata kasar insan agar hanya barisan atau pertahanan yang menyemat komitmen yang jitu layak diuji untuk pengurniaan darjat yang lebih tinggi.
Persis seorang pejuang yang gigih menahan tohmahan dan cemuhan, begitu juga kehidupan sebagai pertempuran antara nafsu dan iman.Kesukaran yang melanda menyebabkan pejuang tidak pernah gentar dan berundur dari medan jihad apatah lagi merasa takut kerana dominasi iman yang optimum yang mengawal tindak tanduk seorang pejuang.
Justeru,BKPJM dan PMRAM seiring dan sejalan dalam menggembleng kekuatan dan kesatuan.Tatkala kita diuji dengan pelbagai onak yang memeritkan,ingatlah bahawa Allah itu ada.Allah menguji kita untuk memastikan kesabaran dan redha itu berganda sebesarnya atau sebaliknya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..." [Al-Baqarah, 2:186]
Kadangkala rencah musibah yang mengugat jiwa dirasakan bagai sekadar sia-sia.Namun begitu,ingatlah teman bahawa seorang pejuang tidak akan merasa rugi lantaran janji Allah yang tidak ada tolok bandingnya.Janji Allah itu tidak mampu untuk ditawar oleh sesiapa pun bahkan mereka yang memerangimu tidak mampu untuk mewujudkan keinginan mereka tanpa izin Allah.
Redha dan sabar merupakan aset seorang Muslim tatkala mengharungi pancaroba duniawi. Setiap kali ujian itu dilepasi dengan kesyukuran dan kesabaran maka Allah meletakkan nilai tambah bagi keimanan seorang Muslim. Adapun keimanan itu juga menyingkap hikmah yang tak terduga oleh akal manusia bahkan hikmah itu merupakan satu keperluan dalam landasan hidup kita. Nikmat ukhuwah dan kebersamaan dalam mengharungi pancaroba adalah sebesar-besar nikmat yang Allah letakkan dalam setiap minit pancarobanya. Maka,bersyukurlah ketika diuji kerana Allah mengurniakan nikmat kekuatan,bersyukurlah ketika mengharungi bahaya kerana Allah mengisyaratkan petunjuk berhati-hati dan bersyukurlah ketika diberi ujian kerana Allah masih sudi memandang kita selaku hambanya.
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:152-153]
Dugaan adalah peringatan.Saat mentaliti kita leka dengan halusinasi duniawi maka dugaan adalah ayat ayat Tuhan yang membawa kita kepadaNya.Maka,bersangka baiklah dengan Allah kerana setiap tindak tanduk kita selaku hambanya tidak pernah terlepas dari pemerhatian Allah Taala.
Berikutan dengan isu arahan untuk mengosongkan pejabat BKPJM di Asrama Johor Thamin, kami di peringkat Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI), bertegas untuk mempertahankannya dan tidak sekali-kali akan menyerah kerana ia adalah hak kami.
Justeru, saya mengharapkan kepada semua ahli BKPJM sentiasa bersiap sedia dengan segala ujian atau tribulasi. Perkukuhkan lagi ikatan ukhuwah antara kita dan berusahalah untuk mempertingkat amalan ruhiyyah kita supaya menjadi pejuang agama ALLAH yang tegar&berani lebih-lebih lagi dalam mengadapi madrasah tarbiah ramadhan.Ingatlah sahabat-sahabat,kesatuan ini adalah tanggungjawab kita selaku ahlinya, moga-moga kesatuan BKPJM yang sudah terbina dari dahulu hingga sekarang, tidak sewenang-wenangnya diruntuhkan. Sekian,wassalam.
"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN PEMANGKIN KESATUAN"
“MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWAH”
Salam Perjuangan,
ADIBAH BINTI JAMAL
"KEFAHAMAN MELAHIRKAN GERAKAN PEMANGKIN KESATUAN"
“MENYEMAT IZZAH MERIBAT UKHUWAH”
Salam Perjuangan,
ADIBAH BINTI JAMAL
KETUA HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR 2011/2012
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR 2011/2012